TUTORIAL SELENDANG UNTUK SI GADIS BERKACA MATA

✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬
TUTORIAL SELENDANG UNTUK SI GADIS BERKACA MATA
✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬✬

Sapa ada masalah camni? Tudung jadi kembang sebab pemakaian kaca mata. 
Jangan risau, ini tutorial untuk anda yang berkaca mata. Hope dapat membantu



PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN:
1. Selendang (kosong atau bercorak)
2. Inner neck
3. Jarum peniti

STEP 1:
 
❀ Pakai inner neck yang bersesuaian atau berpadanan dengan selendang anda. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk menetapkan panjang dan pendek tersebut pada sebelah kiri atau kanan.
 

STEP 2:
❀ Betulkan terlebih dahulu bentuk selendang di muka anda. Setelah itu, ambil bahagian tudung yang pendek di sebelah kanan dan bawakan ke sebelah kiri anda. Cukup pada paras atas telinga anda dan sematkan jarum peniti dengan kemas. Lakukan seperti di dalam gambar.


STEP 3:
❀ Ambil pula bahagian selendang yang panjang di sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan anda. Pastikan bahagian selendang yang panjang ini tidak menutup alunan selendang yang terhasil pada langkah kedua tadi.

STEP 4:
❀ Selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar. Lihat pada bahagian selendang pendek tadi yang berada di atas bahagian selendang panjang tadi. Setelah berasa puas hati dengan panjang selendang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di atas kepala anda. 

STEP 5:
❀ Kemaskan alunan yang terbentuk. Kemudian ambil sedikit selendang di sebelah kiri anda (bahagian selendang yang panjang) seperti di dalam gambar.

STEP 6:
❀ Lipatkan sehingga ke bahagian belakang telinga seperti di dalam 6 gambar. Kemas-kemaskan dahulu sebelum jarum peniti disematkan.

LAST (7):
❀ Tadaaa! Fesyen selendang mudah ini telah pun siap digayakan. Bolehlah anda memakai kaca mata tanpa rasa merosakkan bentuk selendang di bahagian wajah. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah.

Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment